Membantu dalam meningkatkan pembangunan modal insan dan perkembangan kerjaya di kalangan profesional kesihatan awam, khususnya dalam bidang epidemiologi.
Mewujudkan jalinan rangkaian dikalangan profesional kesihatan awam dan perkongsian pintar dengan agensi kesihatan lain.
Berkhidmat kepada masyarakat dengan membantu kerajaan dalam mempromosikan kesihatan individu dan komuniti.
Mempromosikan profesion secara amnya kesihatan awam dan khususnya epidemiologi di kalangan anggota kesihatan.
Kewarganegaraan : Malaysia
Umur Minima : 18 tahun
Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia
Kriteria keahlian yang lain : Ahli biasa adalah terbuka kepada pakar perubatan kesihatan awam yang mempunyai minat dalam epidemiologi serta kesihatan awam.
Memenuhi syarat 1,2 dan 3 diatas DAN
Terbuka kepada pegawai perubatan, anggota kesihatan lain dan pelajar yang mempunyai minat dalam epidemiologi serta kesihatan awam.
Memenuhi syarat 1,2 dan 3 diatas DAN
Terbuka kepada ahli biasa dengan yuran khas yang ditetapkan.
Bayaran masuk : RM 100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) sekali sahaja DAN
Yuran ahli biasa : RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) setiap tahun ATAU
Yuran ahli bersekutu : RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) setiap tahun ATAU
Yuran seumur hidup : RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) dibayar sekaligus 1 kali sahaja
Bank : Maybank
No akaun : 564548161425
Sila simpan resit bayaran
Dan muatnaik resit bayaran semasa pendaftaran menggunakan borang online di bawah
Fill the membership form below